
KENYATAAN RASMI
Jabatan Penerangan Parti Cinta Sabah (PCS)
Tarikh: 5hb May 2025
PCS Bersedia Menghadapi Pilihan Raya 2025 Jabatan Penerangan Parti Cinta Sabah (PCS) ingin mengesahkan bahawa seluruh jentera parti kini berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya 2025. Di bawah kepimpinan Presiden, YB Senator Tan Sri Panglima Anifah Aman, PCS telah mengambil langkah proaktif dalam memperkukuh organisasi di semua peringkat, memperkemas strategi kempen, serta menyiapkan calon-calon berwibawa yang mewakili suara rakyat Sabah.
Sebagai sebuah parti tempatan yang berteraskan perjuangan hak Sabah dan pelaksanaan menyeluruh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), PCS tampil dengan iltizam yang jelas untuk membawa perubahan yang lebih adil, berprinsip dan berwawasan. Jentera penerangan juga telah bersedia dengan pelbagai bahan kempen, platform komunikasi serta pelan mobilisasi untuk menyampaikan mesej perjuangan PCS secara meluas dan berkesan kepada rakyat.
PCS bukan hanya bersedia untuk bertanding—tetapi bersedia untuk memimpin.
Dengan sokongan padu rakyat dan keutuhan jentera parti, kami yakin PCS akan menjadi pilihan utama rakyat Sabah dalam menentukan hala tuju masa depan negeri ini.
“Demi Sabah yang Berdaulat dan Maju.”
Dikeluarkan oleh:
Ketua Penerangan
Parti Cinta Sabah (PCS)