Parti Cinta Sabah (PCS) adalah sebuah Parti Lokal Sabah yang memperjuangkan kepentingan Negeri Sabah untuk Rakyat Sabah.
Implemetasi Perjanjian Malaysia 1963 dan ” Electoral Reform” Untuk menambah Kerusi Ahli Parlimen dari Sabah di Dewan Rakyat.
Menaiktaraf dan Pemodenan Ekonomi Sabah Secara Strategik – Memperkasa Hala Tuju Sektor Ekonomi Strategik , Memperkasakan Industri Pertanian dan Perikanan di Sabah, Meningkatkan keberkesanan bantuan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil beserta Mengiatkan Industri Perlancongan Negeri Sabah.
Perkembangan Seimbang antara Bandar dan Luar Bandar , Penambahan Perumahan dan Kampung Terancang yang diiktiraf oleh rakyat setempat. Pemeliharaan dan Pemulihan Alam Semulajadi.
Memberi Sokongan kepada Persatuan Belia lokal dan bukan kerajaan di Negeri Sabah, Memperkasa Golongan Wanita dengan menyediakan Program program utk mengisi barisan kepimpinan, beserta menjamin kebajikan golongan kelainan upaya (OKU) dan Masyarakat Kepinggiran
Mengukuh Dasar dan Polisi Keselamatan dalam Negeri, Sempadan, Imigrasi dan Dasar Hubungan Luar merangkumi Mengatasi masalah Pendatang Tanpa Izin , Mengatasi tuntutan ke atas Sabah Sebagai Negara Asing beserta Pengawalan Strategik Sempadan Sabah
Menaiktaraf Kemudahan Bandar Raya Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan ke arah Bandar Berstatus ” Bandar Pintar” , Menambahbaik akses jalan raya, telekomunikasi dan internet serta mewujudkan Pelan Integrasi Digitalization, Memperkasakan SABAH ENERGY DAN JABATAN AIR SABAH , Hub Perlabuhan Sepanggar Blue Economy Region. Berserta memastikan kualiti perkhidmatan serta akses kesihatan dipertingkatan, untuk menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Sabah,
Menyediakan Peluang Pekerjaan dan Kursus Kemahiran untuk Golongan Belia, Memajukan Sistem Pendidikan Negeri Sabah, Memacu Sukan Negeri Sabah di tahap Professional bersaing di medan antarabangsa beserta menambahbaik struktur penjawatan, gaji dan kakitangan awam dengan meningkatkan skim perkhidmatan Negeri Sabah.
Parti Cinta Sabah (PCS) merupakan Parti Lokal dimana Anak jati Negeri Sabah Berjuang untuk Memajukan Masa Depan Negeri Sabah. Berikut Biografi Parti Cinta Sabah (PCS) ;-
Parti Cinta Sabah (PCS) bersiap sedia bagi mengadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17.
PCS berjaya menyertai semula gabungan parti tempatan Sabah pada tahun 2024, iaitu menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Gabungan Sabah Bersatu (GSB/USA) merupakan sebuah gabungan politik tidak rasmi yang menggabungkan parti tempatan di Sabah di Malaysia. Ia diasaskan bersama oleh Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) selepas SAPP meninggalkan gabungan Barisan Nasional. Parti Cinta Sabah (PCS) juga menyertai gabungan ini tetapi meninggalkannya pada tahun 2017
Parti Cinta Sabah (PCS) ditubuhkan dan diluluskan oleh Registar of Society (ROS) dan mendapat kebenaran untuk beroperasi sebagai parti politik.
“Frasa ‘Dari Rakyat, Untuk Rakyat’ bermaksud segala tindakan dan dasar parti berteraskan kepada keperluan sebenar rakyat. Parti bukan sahaja menerima amanah daripada rakyat, tetapi turut memikul tanggungjawab untuk memulangkan semula kepercayaan itu dalam bentuk khidmat, pembelaan hak, dan usaha pembangunan yang berpaksikan kehendak rakyat. Ia melambangkan satu ikatan kukuh dan saling melengkapi antara rakyat dan parti.”
“BERSAMA KITA ANAK NEGERI SABAH PARTI LOKAL MEMACU MASA DEPAN NEGERI SABAH DENGAN CEMERLANG”
Phone: +60178967100 (Careline WhatsApp)
Email : penerangan@particintasabah.info
Pejabat Ketua Penerangan, Tanjung Aru, Wisma MAA, Tingkat 10, Jalan Api Api, 88000 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.
Daftar Alamat Email anda untuk mendapat News Terkini PCS !!!