Parti Cinta Sabah
"Hak Kita, Tanah Kita,
Kita Yang Tentukan.."
Parti Cinta Sabah (PCS) adalah sebuah Parti Lokal Sabah yang memperjuangkan kepentingan Negeri Sabah untuk Rakyat Sabah.
PRESIDEN - PARTI CINTA SABAH
YB SENATOR TAN SRI PANGLIMA ANIFAH AMAN

UNIT SUKARELAWAN
Skop Kerja & Tanggungjawab
Parti Cinta Sabah (PCS) – Bahagian Tanjung Aru
1. Skop Kerja
1.1 Pendaftaran & Pengurusan Ahli Sukarelawan Mendaftar dan menyusun maklumat sukarelawan di peringkat cawangan dan bahagian. Mengurus pengkalan data ahli secara sistematik mengikut kawasan dan bidang keupayaan.
1.2 Latihan & Pembangunan Kapasiti Menyediakan latihan asas seperti komunikasi, etika kerja, dan pengurusan acara. Memberi taklimat khas sempena pilihan raya atau program besar parti.
1.3 Penglibatan dalam Aktiviti Parti Menyokong pelaksanaan program seperti gotong-royong, sumbangan kebajikan, pameran, lawatan komuniti dan lain-lain. Bertugas sebagai petugas lapangan semasa acara rasmi, ceramah, dan aktiviti luar parti.
1.4 Sokongan Operasi Pilihan Raya Menjadi tenaga tambahan kepada Unit Gerakan Kempen dan Bilik Gerakan. Membantu dalam edaran risalah, persiapan tempat program, pengurusan logistik dan penyambut tetamu.
1.5 Tindakan Sosial & Tindak Balas Komuniti Menyertai misi kemanusiaan kecil seperti bantuan bencana, ziarah prihatin, atau aktiviti kemasyarakatan. Bertindak sebagai wajah parti dalam menyampaikan bantuan secara terus kepada masyarakat.
2. Tanggungjawab
Menjadi wakil sukarela yang berdisiplin, mesra rakyat dan membawa imej positif parti.
Menyokong sebarang usaha memperkukuhkan hubungan antara parti dan masyarakat setempat.
Bertanggungjawab melaporkan sebarang gerak kerja atau maklum balas lapangan kepada Penyelaras Sukarelawan atau Ketua Unit.
Menjaga nama baik Parti Cinta Sabah semasa terlibat dalam mana-mana aktiviti atau misi.