Parti Cinta Sabah
"Hak Kita, Tanah Kita,
Kita Yang Tentukan.."
Parti Cinta Sabah (PCS) adalah sebuah Parti Lokal Sabah yang memperjuangkan kepentingan Negeri Sabah untuk Rakyat Sabah.
PRESIDEN - PARTI CINTA SABAH
YB SENATOR TAN SRI PANGLIMA ANIFAH AMAN

Unit Gerakan Kempen
Skop Kerja & Tanggungjawab
Parti Cinta Sabah – Bahagian Tanjung Aru
Skop Kerja
1. Perancangan Kempen
- Merancang dan menggubal strategi kempen pilihan raya peringkat bahagian.
- Menyediakan jadual dan pelan tindakan aktiviti kempen.
2. Mobilisasi Jentera
- Menyusun struktur jentera kempen di peringkat cawangan.
- Melatih petugas kempen dan menyelaras pergerakan semasa tempoh kempen.
3. Pelaksanaan Aktiviti
- Menjalankan program seperti edaran risalah, ceramah kelompok, walkabout dan program sentuhan rakyat.
- Menyediakan dan menyelaras pusat operasi kempen.
4. Pemantauan Kawasan
- Mengenalpasti kawasan tumpuan, kawasan panas, dan profil pengundi.
- Menyediakan laporan prestasi semasa dan akhir kempen.
5. Kerjasama Antara Unit
- Berkoordinasi dengan Unit Media, Penerangan, Pemuda, Wanita dan Jentera Cawangan.
6. Tanggungjawab
- Memastikan semua aktiviti kempen berjalan mengikut perancangan.
- Menyampaikan mesej parti secara berkesan kepada pengundi.
- Menyokong gerak kerja calon dan pimpinan parti sepanjang tempoh kempen.
- Menyediakan laporan lengkap aktiviti kepada Ketua Penerangan Bahagian