Parti Cinta Sabah (PCS)

www.particintasabah.info | penerangan@particintasabah.info | Hubungi kami : +60178967100 (Careline WhatsApp)

Parti Cinta Sabah

"Hak Kita, Tanah Kita,
Kita Yang Tentukan.."

Parti Cinta Sabah (PCS) adalah sebuah Parti Lokal Sabah yang memperjuangkan kepentingan Negeri Sabah untuk Rakyat Sabah.

PRESIDEN - PARTI CINTA SABAH
YB SENATOR TAN SRI PANGLIMA ANIFAH AMAN
JAWATANKUASA PENERANGAN

Skop Kerja & Tanggungjawab

Parti Cinta Sabah (PCS) – Bahagian Tanjung Aru

1. Skop Kerja
1.1 Penyebaran Maklumat Parti
  • Menyediakan, menyebar dan menyampaikan maklumat rasmi parti kepada ahli dan masyarakat.
  • Memastikan semua kenyataan, dasar dan pendirian parti difahami oleh semua peringkat akar umbi.
1.2 Pengurusan Bahan Penerbitan & Media
  • Menghasilkan bahan penerbitan seperti risalah, poster, video pendek, infografik dan kenyataan media.
  • Menyelaraskan mesej yang konsisten merentas semua saluran media, termasuk media sosial dan media cetak.
1.3 Pengurusan Media Sosial & Komunikasi Digital
  • Mengurus akaun rasmi media sosial peringkat bahagian (Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp Group, dll).
  • Menyediakan kandungan harian/berkala untuk meningkatkan interaksi dan penyampaian mesej politik.
1.4 Sokongan Komunikasi Pilihan Raya
  • Menyokong Unit Gerakan Kempen dengan penyediaan bahan kempen dan penjenamaan calon.
  • Bertindak sebagai pasukan media lapangan semasa ceramah, lawatan calon, dan program turun padang.
1.5 Pantauan Sentimen & Isu Semasa
  • Memantau isu semasa dan sentimen rakyat terhadap parti atau calon.
  • Menyediakan laporan ringkas berkala kepada kepimpinan bahagian untuk tindakan susulan.
2. Tanggungjawab
  • Bertanggungjawab menyampaikan maklumat rasmi parti secara tepat, cepat dan beretika.
  • Menjadi lidah rasmi parti di peringkat bahagian dalam menangkis tohmahan dan fitnah. Memastikan imej parti sentiasa terpelihara dan dihormati melalui saluran komunikasi yang berkesan.
  • Menyediakan laporan prestasi komunikasi dan saranan penambahbaikan kepada Ketua Bahagian/Pengarah Penerangan Negeri.

"Pejuangkan Hak Anda Selaku Pengundi! "